Sunday 26 February 2012

Karangan Peribahasa

      Aisyah seorang murid yang tidak minat di dalam subjek Sains. Segala apa yang diajar gurunya tidak diendahkan Aisyah. Dia lebih minat pada seni lukisan. Setiap kali gurunya memberi tugasan Sains, Aisyah akan meniru jawapan sahabat karibnya, Syarah. Syarah sudah cuba menasihati Aisyah tetapi sia-sia sahaja. Aisyah masih lagi dengan sikapnya itu. Dia tidak mempedulikan nasihat oleh Syarah.
      Peperiksaan akhir tahun akan tiba tidak lama lagi. Murid-murid sibuk mengulang kaji pelajaran mereka. Aisyah juga telah mengulang kaji semua mata pelajarannya kecuali mata pelajaran Sains. Dia hanya ingin mencuba nasib dalam peperiksaan Sainsnya.
       Hari peperiksaan mata pelajaran Sains sudah tiba. Aisyah tidak berasa gentar walaupun dia tidak mengulang kaji mata pelajaran itu. Semasa menjawab kertas peperiksaan Sains, tiba-tiba, Aisyah mula berasa cemas. Dia tidak dapat menjawab semua soalan di kertas itu. Masa peperiksaan pun sudah tamat. Aisyah hanya dapat menjawab separuh daripada soalan-soalan di kertas itu.



      Beberapa hari kemudian, murid-murid mula mendapat keputusan peperiksaan mereka. Aisyah telah mendapat markah yang terendah untuk mata pelajaran Sains di dalam kelasnya. Dia berasa sedih dan menyesal akan sikapnya sebelum peperiksaannya. Ibu dan ayahnya kecewa akan Aisyah. Aisyah mula sedar akan pentingnya mata pelajaran  itu.




        Oleh kerana Aisyah gagal dalam peperiksaan Sainsnya, dia telah disalurkan ke aliran asas pada tahun depan. Aisyah mula mengubah sikapnya. Kini, dia lebih menupukan perhatiannya di dalam kelas Sainsnya. Pada penghujung tahun itu, Aisyah telah berjaya mendapat keputusan yang baik. Dia merupakan murid yang terbaik dalam pelajaran Sains. Bak kata pepatah "belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam".





No comments:

Post a Comment