Sunday 26 February 2012

Karangan Peribahasa

      Aisyah seorang murid yang tidak minat di dalam subjek Sains. Segala apa yang diajar gurunya tidak diendahkan Aisyah. Dia lebih minat pada seni lukisan. Setiap kali gurunya memberi tugasan Sains, Aisyah akan meniru jawapan sahabat karibnya, Syarah. Syarah sudah cuba menasihati Aisyah tetapi sia-sia sahaja. Aisyah masih lagi dengan sikapnya itu. Dia tidak mempedulikan nasihat oleh Syarah.
      Peperiksaan akhir tahun akan tiba tidak lama lagi. Murid-murid sibuk mengulang kaji pelajaran mereka. Aisyah juga telah mengulang kaji semua mata pelajarannya kecuali mata pelajaran Sains. Dia hanya ingin mencuba nasib dalam peperiksaan Sainsnya.
       Hari peperiksaan mata pelajaran Sains sudah tiba. Aisyah tidak berasa gentar walaupun dia tidak mengulang kaji mata pelajaran itu. Semasa menjawab kertas peperiksaan Sains, tiba-tiba, Aisyah mula berasa cemas. Dia tidak dapat menjawab semua soalan di kertas itu. Masa peperiksaan pun sudah tamat. Aisyah hanya dapat menjawab separuh daripada soalan-soalan di kertas itu.



      Beberapa hari kemudian, murid-murid mula mendapat keputusan peperiksaan mereka. Aisyah telah mendapat markah yang terendah untuk mata pelajaran Sains di dalam kelasnya. Dia berasa sedih dan menyesal akan sikapnya sebelum peperiksaannya. Ibu dan ayahnya kecewa akan Aisyah. Aisyah mula sedar akan pentingnya mata pelajaran  itu.




        Oleh kerana Aisyah gagal dalam peperiksaan Sainsnya, dia telah disalurkan ke aliran asas pada tahun depan. Aisyah mula mengubah sikapnya. Kini, dia lebih menupukan perhatiannya di dalam kelas Sainsnya. Pada penghujung tahun itu, Aisyah telah berjaya mendapat keputusan yang baik. Dia merupakan murid yang terbaik dalam pelajaran Sains. Bak kata pepatah "belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam".





Tuesday 14 February 2012

Renungan Artikel 2

1. Isu utama yang ditimbulkan di dalam artikel ini ialah tentang kes pencurian basikal yang telah meningkat. Kes kecurian basikal sering berlaku di kawasan perumahan awam, laluan pejalan kaki dan stesen MRT. 
2. Semua penunggang-penunggan basikal harus berikan perhatian mereka terhadap artikel ini kerana sudah ada banayk kes pencurian basikal.
3. Kes ini menjadi bertambah teruk sejak tahun 2010. Sebanyak 1,137 basikal dilaporkan lesap manakala hanya 719 basikal telah dicuri pada tahun 2010.
4. Basikal-basikal yang telah dicuri dijual semula di Sungei Road atau bazar di City plaza. Ada juga dijual di estet perusahaan di Jurong, Woodlands dan Sembawang.
5. Untuk menggelakkan kecurian basikal, penuggang basikal dinasihati untuk menyimpan basikal mereka di rumah apabila ia tidak digunakan. Pemilik juga dinasihatkan supaya mengunci basikal mereka ditempat khas seperti rak-rak basikal. Peralatan basikal yang boleh ditanggal juga harus di kunci.
6. Pada pendapat saya, kes kecurian ini semakin bertambah kerana semakin banayk orang tidak mempunyai kerja akibat ekonomik dan terpaksa mencuri basikal untuk dijual supaya mendapatkan wang.

Sunday 22 January 2012

Renungan Artikel

      Artikel ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang terperangkap di dalam ribut salji di Gunung Rainier, Washington. Beliau hidup dengan membakar wang untuk memanaskan tubuh beliau dan mengorek terowong salji. Beliau ditemui oleh seorang renjer taman Isnin lalu. Beliau, bernama Yong Chun Kim,  66 tahun, pernah bertugas sebagai seorang penjuru Korea semasa Perang Vietnam, berkata keahlian yang dipelajari ketika bertugas sebagai seorang penjuru telah membantu nyawanya. Beliau terperankap disebabkan tergelincir.
      Satu pelajaran yang saya perolehi daripada artikel ini ialah kami tidak harus putus asa walaupun dalam keadaan yang payah. Pengalaman Yong Chun Kim sewaktu menjalani perkhidmatan negara  telah menyelamatkan beliau daripada maut.
      Pandangan saya tentang tukilan itu ialah duit tidak sepenting hidup dan kesihatan kami. Kami harus sentiasa menjaga kesihatan kami.

Thursday 12 January 2012

Biografi Saya :)

          Aku dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1999. Naniku telah menamakanku Nurul Husna.Aku merupakan anak sulong dalam keluarga.Aku mempunyai seorang adik yang berusia 9 tahun. Ibuku ialah seorang guru yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Rendah Seng Kang manakala ayahku ialah seorang peniaga. Aku amat bersyukur mendapat ibu dan ayah begini kerana mereka boleh menolong menjelaskan perkara yang aku tidak faham ketika membuat kerja rumahku.
         Aku minat dengan kumpulan Big Time Rush. Jika aku ada masa lapang, aku akan mencari informasi dan lagu baru kumpulan yang aku gemari.Hobbiku ialah melungsuri internet. Jika aku sudah  dewasa, aku ingin menjadi seorang biologist.
         Sahabat baikku ialah Nur Dayana, yang kini menuntut di Sekolah Menengah Pei Hua dan Nur Adilah. Walaupun aku dan Dayana berada di sekolah lain, kami masih saling berhubung.
        Aku bekas murid dari Sekolah Rendah Seng Kang dan sekarang berada di Sekolah Menengah Compassvale. Aku sekarang berada di dalam kelas 1G. Subjek yang aku paling benci ialah Matematik manakala subjek yang aku suka ialah Sains(biologi). Aku ingin memasuki kelab fotografi sebagai kegiatan ko-kurikulumku tetapi malangnya tidak berjaya.  Sebaliknya, aku telah dipilih untuk menyertai kelab videografi.  Walaupun begitu, aku tetap gembira kerana bidang ini amat baru bagiku.
        Untuk maklumat lanjut, sila jumpa saya!!!

     Husna :D              
     1G